Tuesday, October 16, 2012

TIPS FIZIK SPM 2012

Ada lagi 21hari menjelang spm. Pelajar-pelajar ting 5 tentunya sangat sibuk menelaah buku sehinggakan 24 jam rasanya belum cukup untuk mereka. Andai 2 tahun yang diberikan digunakan dengan sebaik-baiknya, waktu sekarang hanya menyelak nota-nota penting , berulang kali membuat soalan sambil bergoyang kaki =)

Post akan datang, cikgu akan sediakan beberapa tips penting sebelum pelajar menduduki peperiksaan SPM terutamanya untuk mata pelajaran Fizik

Selamat Mengulangkaji Pelajaran dan pecut sebelum sampai titik penamat larian 11 tahun persekolahan.SELAMAT MAJU JAYA


Nota Kaki: Sila baca dengan banyak sekali topik berkaitan Transistor =)
                 Dan pastikan jawab sehingga MAHIR (jawab tutup mata pun boleh)   
                 soalan percubaan KEDAH, SBP, TRG dan KELANTAN

Wednesday, October 3, 2012

KESAYANGAN SAYA


Post ini khas untuk semua anak murid cikgu yang cikgu sayang, yang cikgu marah, yang cikgu belai dan yang cikgu tempik. Sila kira detik dan hari menjelang SPM di sebelah. Masa kian singkat dan suntuk. OOOOh lagi sebulan.. Lama tu. Maaf, andai itu detik anda, maknanya masih tiada kesedaran dalam diri kamu. jadilah apa pun kamu di luar, tapi di sekolah, sila jadi murid yang patuh dan fokus, Agar tidak rugi dan sia-sia masa 11 tahun yang dihabiskan. Masa gembira yang dikenang sangat banyak.., Tapi jika terlalu gembira, takut-takut sangat berduka time ambil result spm nanti. Tidak heran ada yang bunuh diri andai result tidak seperti yang dijangka.
Ambil buku dan baca dan buat latihan. Itu saja yang cikgu anda kata. Kalau tak faham tanya. Lepas balik rumah, terus pegang buku dan tidur. Oleh itu, hari ini anda kena baca bab 3 muka surat 23 topik 4 dan buat latihan topik 4. Kalau tak boleh buat baru tanya cikgu atau rujuk jawapan.
Sudah banyak kali saya berpesan supaya ambil buku dan baca. Kalau tak baca, bagaimana nak jawab? kalau tak pernah buat latihan, macam mana nak tahu solan macam mana yang akan ditanya? Kalau buat sikit latihan, bagaimana nak mahir? Bacalah perlahan-lahan dan selalu. Biasanya saya akan baca apabila ada “mood”, kalau baca apabila tak ada “mood”, memang tak guna. Tetapi, jangan asyik tak ada “mood”, cipta “mood” sendiri. Anda mesti tahu apa yang anda suka. Contohnya apabila tengok televisyen ada iklan, masuk bilik dan baca walaupun 5 minit tetap dinamakan baca.
Kalau subjek matematik, tak ada masalah dengar lagu dan tengok televisyen. Tetapi, kalau masa buat latihan esei pun dengar lagu, kemungkinan jawapan anda adalah lirik lagu.
Peperiksaan itu tidak penting. Tetapi menjadi penting apabila peperiksaan itu menjadi sebab untuk masuk universiti. Sebab nak masuk universiti adalah untuk belajar mengenai sesuatu bidang yang kita suka dan ilmu itu kita akan guna masa bekerja. Sesiapa yang dapat keputusan cemerlang peperiksaan, bolehlah masuk universiti dan belajar apa yang dia suka untuk guna masa bekerja.
Kalau anda lihat jadual kelas, anda akan lihat banyak masa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Oleh itu, gunakan masa yang banyak itu untuk mahir subjek bahasa. Di rumah tak perlu ulangkaji subjek itu kerana sepatutnya dah mahir di sekolah.
Tuisyen 2 jam seminggu  untuk satu subjek dengan harga RM20? Lebih baik upah orang untuk tengok anda baca buku, kemudian guna duit itu pergi makan di luar sebab dah habis belajar. Cikgu anda mengajar satu masa 40 minit. Contohnya Sejarah ada 3 masa dan itu bermakna anda belajar 2 jam seminggu. Manakala subjek Bahasa Melayu anda belajar selama 4 jam seminggu. Tetapi subjek Bahasa Melayu anda jawab peperiksaan hanya 4 jam 45 minit. Cikgu tuisyen adalah cikgu di yang mengajar di sekolah. Saja dia mengajar untuk tambah duit poket. Benda yang dia ajar memang tak lari daripada apa yang cikgu ajar. Mungkin cara dia ajar berlainan sedikit. Cikgu sebagus mana pun kalau anda balik tengok televisyen tanpa buka dan baca sedikit pun apa yang dia ajar, memang tak guna! Anda hendaklah baca! Buat latihan!
Saya cadangkan anda tengok soalan SPM tahun-tahun lepas dan cuba buat. Jangan nak berlagak anda buat banyak latihan dan baca banyak buku kalau soalan SPM tahun lepas tak boleh buat. Ada yang kata, buat apa buat latihan tahun lepas sebab mesti sudah tak tanya soalan yang sama. Anda perlu tahu, tujuan menjawabnya adalah untuk semak sama ada anda boleh buat atau tak, kalau masih tak boleh buat, macam mana nak jawab soalan yang sebenar. Kalau SPM boleh letak buku atas meja pun, belum tentu anda boleh jawab jika tak tahu cara menjawab. Kalau nak tahu tanya cikgu atau sesiapa saja cara menjawab.
Kalau tak minat tak payah baca banyak-banyak, nanti anda apabila bekerja nanti mesti tak akan minat bekerja yang menggunakan subjek itu.Walaupun begitu, anda perlu dapat A subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik. Subjek-subjek sains seperti Fizik, Kimia, Biologi juga perlu dapat A kalau nak kerja hebat-hebat. Kalau nak jadi akauntan pun gaji besar juga, bagi dapat A subjek Prinsip akaun. Kalau nak gaji tinggi-tinggi, belajar kena pandai subjek sains (Fizik, Kimia, Biologi). Habis sangat dapat C pun jadi. Yang penting jangan biar saja buku tanpa anda baca. Ingatlah, lepas SPM banyak lagi benda-benda buang masa anda boleh buat. Sekarang ni cuba ambil satu buku subjek apa-apa dan lihat dan baca dan cuba jawab dan jawab. Mana ada rahsia lain selain baca, minum air jampi satu tong pun belum tentu boleh dapat A. Pernahkah anda jumpa orang yang kata dia tak baca buku pun boleh dapat A. Paling tidak dia kata baca sikit dan sikit dia tu apabila kumpul-kumpul hari-hari memang jadi bukit.
See, saya yang sudah 10 tahun meninggalkan ting 5 ( dan tidak pernah membuat karangan BM selepas itu).. masih gagah membuat karangan ntah berapa muka surat, ntah dibaca atau tidak oleh murid saya, Maka, kamu semua, sila gagahkan diri, kumpul tenaga, ilmu dan kemahiran menjawab, untuk berperang.
Akhir kata, selamat maju jaya untuk semua. Kita bersama-sama berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri kita sendiri.

CARA BELAJAR FIZIK


TIPS: CARA BELAJAR FIZIK

Matapelajaran Fizik merupakan satu matapelajaran yang sering digeruni dan ditakuti oleh sesetengah pelajar. Ramai pelajar aliran sains cuba mengelak dari mengambil subjek ini. Antaran alasannya ialah banyak formula untuk diingati, banyak istilah perlu difahami, masalah-masalah pengiraan yang begitu rumit dan sebagainya.

Tanggapan itu sebenarnya salah.Pelajar berkata demikian kerana menggunakan pendekatan belajar Fizik seperti belajar matapelajaran Sejarah atau menggunakan daya hafalan semata-mata.Matapelajaran sedemikian adalah memerlukan pelajar mengguna daya ingatan kerana ianya berbentuk kronologi (urutan masa atau urutan bahagian/sistem).Maka semakin banyak anda luangkan membaca,semakin anda pandai.

Tapi tidak seperti belajar Fizik.Dalam belajar Fizik anda perlu "memahami" . Kerana apabila andaingat melalui kefahaman, barulah anda akan berjaya. Ianya perlu bermula di tingkatan 4 lagi. Kerana apa yang disentuh ditingkatan 4, sesetengah perkara boleh menjelaskan apa yang anda belajar semasa tingkatan 5. Oleh itu jika anda FAHAM SEKALI, ANDA FAHAM SELAMANYAuntuk 2 tahun sekaligus sebelum SPM..
  "Learn Form Four, When in Form Four"
- Motto Pantia Fizik bagi Program2 Tingkatan 4

Jadi apa yang perlu anda faham?Anda perlu faham bahawa FIZIK MERUPAKAN PELAJARAN YANG MEMBINCANGKAN TENTANG HUBUNGAN-HUBUNGAN KUANTITI PHYSICS (THE PHYSICS VARIABLES). Untuk lebih jelas, di bawah diterangkan melalui carta: 

STEP 1: FOCUS ON VARIABLES (ITS UNIT/ITS SYMBOLS/CHARACTER) etc.

STEP 2: IDENTIFY RELATION OF 2 VARIABLES AS PHYSICS CONCEPT.IF ACCOMPANIED BY SPECIFIC LAW/NAME, MAKE SURE YOU KNOW IT.LIST POSSIBLE LAW/PRINCIPLE

STEP 3: BE PREPARED TO ANSWER THE APLICATION OF PHYSICS CONCEPT IN DAILY LIFE/A SITUATION. MATHEMATICS SKILL HELPS IN NUMERICAL PROBLEMS. PREPARED AND KEEP SIMPLE BRIEF SENTENCED BUT MEANINGFUL(NOT TOO EXAGGERATED ENGLISH) TO SHOW HOW YOU COMPARE/MAKE RELATION/EXPLAINING 


Untuk itu, apabila anda belajar,FOKUS UTAMA ANDA pada kuantiti-kuantiti(variables) Fizik seperti mass, weight, force, acceleration dan sebagainya. KENALI SIMBOL,UNIT dan SIMBOL UNIT dengan betul kerana masih ada pelajar salah dalam ujian kerana kesilapan menulis simbol dan unit.(yg mana penting dalam kertas 3/graf & table).Anda juga kena mengenalpasti perbezaan antara kuantiti-kuantiti tersebut. Contohnya, masih ada pelajar menganggap mass dan weight adalah benda yang sama.

Selepas itu, pastikan setiap kali anda diajar tentang hubungan kuantiti-kuantiti itu, anda ambil perhatian kerana itulah KONSEP FIZIKnya.Cth: when applied force to object, acceleration increase as mass decrease. Hubungan-hubungan inilah isi utama matapelajaran ini.

Biasanya konsep fzik timbul disebabkan sifat-sifat variables tadi sama ada secara semulajadi atau melalui kajian dan eksperimen ahli-ahli Fizik terdahulu. Maka disebabkan itulah sesetengah konsep fizik akan disertai dengan nama khas atau ungkapan khas. yang merupakan Teori, Hukum, Prinsip atau Ungkapan/Anggapan. Cth: Second Law of Newton (F=ma), Principle of Archimedes, Assumption(no heat loss to surrounding)dan lain-lain. SENARAIKAN dan PASTIKAN ANDA BOLEH MEMBERI MAKSUDNYA.Mungkin bahagian inilah yang memerlukan anda mengingati, walaubagaimanapun jika anda tidak ingat ayat penuh maksud prinsip/hukum tersebut ,anda boleh menulis dalam jawapan anda dengan menulis formulanya dan menjelaskan variables yang terlibat.(Guess what?biasanya formula ada di m/s kulit kertas exam tu.)
Cth: What is meant by Second Newton Law?
Cdgn jawapan 1: Second Newton Law states that,....
Cdgn jawapan 2: F = ma, F = Force(N), m = mass (kg), and a = acceleration

Dan akhir sekali adalah, bagaimana variables-variables dalam konsep Fizik itu digunakan/diaplikasikan. Untuk itu, kita boleh kategorikan kepada 2, iaitu aplikasi kualitatif dan kuantitatif.

Kuantitatif: masalah soalan berangka, soalan pengiraan.melibatkan penggantian nilai variablesdalam persamaan. KENALPASTI VARIABLES yang akan diganti. KENALPASTI PERSAMAAN SESUAI .Rasanya pelajar sepatutnya tidak mempunyai masalah ini jika mempunyai kemahiran matematik.(linear equation,Algebraic ,indexs,changing unit ,kemahiran graf etc).Untuk itu, PASTIKAN PANDAI MATEMATIK sebelum pandai FIZIK.??

Kualitatif: lebih kepada perbincangan, membuat perbandingan, memberi cadangan atau membuat pilihan berdasarkan sifat dan hubungan-hubungan variables tadi. Biasakan diri jika membuat pernyataan : 

To compare length A and B:
Jawapan diterima:  A is higher than B (penggunaan "higher" or "more" lihat kesesuaian.)
Cth jawapan tidak diterima- A high // A increase as B increasse // high

To state relation of  A and B (cth A=mass and B=acceleration:)
Jawapan diterima: As the mass increase, the acceleration decrease // When the mass is higher, the acceleration decreases// Acceleration decreased by increased mass. 
Cth jawapan tidak diterima- mass high, acceleration high // Higher mass, higher acceleration//The higher the mass,the higher the accelartion(not suitable).

Itu sahaja tips cikgu. semoga anda suksess dalam memehami matapelajaran ini.